Sunday, July 03, 2011

POMPEII DAN MISTERI-MISTERI DISEBALIKNYA

Barangkali subjek mengenai Pompeii banyak kali telah dibincangkan. Banyak kali juga dilihat isu Pompeii diutara dan dibahas dalam blog-blog serta forum-forum. Kemungkinan subjek mengenai Pompeii ada tarikan tersendiri. Mengikut para sejarahwan, Pompeii adalah antara bandar metropolitan yang maju daripada segi peradaban,senibina, budaya dan sosial di Itali. Akan tetapi, sangat mundur daripada segi moral dan agama.!

Masyarakat Pompeii begitu terbuka dalam mengamalkan cara hidup. Tiada penghalang bagi mereka untuk melakukan sesuatu yang mereka suka. Semuanya adalah baik bagi mereka meskipun menyalahi norma kehidupan masyarakat.


Pompeii


Penulis sepertimana ramai yang lain begitu tertarik dengan apa yang terdapat di Pompeii. Pompeii maju, budaya sofitikated dan masyarakat yang fleksibel namun daripada segi agama, mereka runtuh.! Di sini adalah titik permulaan daya tarikan Pompeii pada kaca mata penulis.

Pompeii musnah sama sekali pada 79AD. Malang bagi Pompeii, bandar metropolitan ini hilang daripada ingatan masyarakat dunia sejak daripada tarikh itu. Apa yang berlaku di Pompeii hingga menghilangkannya dalam peta dunia pada 79AD?

Peristiwa Pada 79AD?
Gunung Vesuvius berada hanya tidak sampai 100km daripada pusat bandar Pompeii. Masyarakat Pompeii menganggap Gunung Vesuvius sebagai pelengkap landskap hebat Pompeii. Tiada seorang pun di antara mereka curiga dengan kelibat Gunung Vesuvius yang bagaikan memerhati galagat masyarakat Pompeii dalam diam.

Pada 79AD, bagaikan melepaskan kemarahan yang telah lama dipendam, Gunung Vesuvius telah meluahkan bertan-tan debu beracun ke arah Pompeii dan bandar jirannya, Herculenium. Peristiwa itu menyebabkan masyarakat Pompeii menjadi kelam-kabut.

Hasil arkeologi pada tahun 1748 telah menemui beratus-ratus mayat yang terawet kemas di dalam timbunan debu-debu beracun daripada Gunung Vesuvius. Pelbagai reaksi akhir dipamerkan. Malah terdapat mayat yang menunjukkan reaksi bergitu mengerikan termasuk satu mayat anjing yang terawet seakan-akan mengelupur kesakitan sebelum menemui ajal. Anjing itu tidak sempat dibukakan ikatan mungkin kerana tuannya terlampau tergesa-gesa untuk menyelamatkan diri.


Jasad anjing yang terawet oleh lava dalam keadaan sedang menahan kesakitan yang amat hebat


Penemuan Yang Mengejutkan
Tiada apa yang mengejutkan melainkan penemuan banyak pasangan mayat yang terawet sedang melakukan persetubuhan. Dalam satu penemuaan lain, ahli arkeologi menemui pula posisi mayat dalam persetubuhan luar tabii. Ini membangkitkan kisah misteri di sebalik tragedi 79AD. Masakan tidak, tragedi ini adalah mirip tragedi yang berlaku pada kaum Nabi Lut as di Sodom dan Gomorroh dan kaum-kaum lain yang dihapuskan Allah swt seperti yang terdapat di dalam Al-Quran.

Ukiran Fresko yang mengejutkan!

Menunggu untuk maut. posisi seperti orang yg sedang ketakutan.

Apa yang lebih mengejutkan adalah penemuan mayat-mayat seperti sedang menikmati juadah seakan-akan mereka tidak sedar bahawa azab seksa sedang menghambat mereka. Sangat aneh dan takjub. Itulah sahaja ungkapan yang sesuai untuk digambarkan. Dalam firman Allah swt:

Dan amatlah banyaknya kaum-kaum kafir yang Kami telah binasakan sebelum mereka, engkau tidak menyedari ataupun mendengar suara yang sayup bagi seseorangpun daripada orang-orang yang telah dibinasakan itu.(Surah Maryam ayat 98)

Selain mayat-mayat yang terawet, bangunan-bangunan di Pompeii seperti dipelihara kemas. Allah swt Maha Mengetahui. Allah telah membiarkan ia terpelihara bagi merakamkan kehidupan sebenar di Pompeii pada ketika itu. Penemuan ahli arkeologi mengenai ukiran mozek berunsur erotik dan prostitusi telah membuatkan ramai cendiakiawan agama terpaku seketika. Berginilah agaknya harga sebuah kemodenan.

Tidak dapat dibayangkan bagaimana seksanya kematian insan ini.
Bergelimpangan mayat yang terawet didalam pelbgai posisi

Bayangkan bagaimana murkanya Allah swt kepada masyarakat Pompeii. Mereka telah melampaui batas-batas norma masyarakat malah tidak teruk kalau dikatakan mereka telah melepasi tahap kejahilan masyarakat Lut. SubhanaAllah. Pembaca lihatlah gambar-gambar yang dilampirkan di atas. Cubalah nilai sendiri dengan iman para pembaca.

Kemungkinan Telah Diturunkan Seorang Rasul Di Pompeii
Rasul ditugaskan Allah swt untuk memandu manusia ke jalan yang lurus untuk menyembah Allah yang Esa. Rasul diutuskan di setiap umat sepertimana firman Allah swt yang bermaksud:

Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya. (Surah Yunus 10 : 47)

Rasullulah saw adalah rasul terakhir iaitu penutup bagi segala rasul dan nabi. Rasullah saw adalah Rasul yang diutuskan Allah swt ke atas kaum Arab Quraisy dan seluruh umat manusia. Rasullulah saw adalah daripada suku kaum Arab Quraisy. Menurut Rasullulah saw, bilangan nabi sebelum diutuskan baginda adalah 124,000 orang dan bilangan rasul adalah 312 orang. Namun, bilangan yang wajib kita imani adalah sebanyak 25 orang sahaja.

Utusan-Utusan Allah Di Setiap Tamadun
Orang Yahudi pula membahagikan para nabi mereka kepada dua iaitu major prophet dan minor prophet. Daripada bangsa Israel, diutus oleh Allah swt berpuluh-puluh orang Rasul dan Nabi dek kerana kedegilan bangsa mereka sendiri. Direkodkan di dalam kitab suci mereka, kekadang, dalam satu-satu masa, terdapat dua hingga tiga orang Rasul diutuskan kepada bangsa mereka seperti Musa as, Harun as dan Yusak as, Lut as dan Ibrahim as, Ilyas as danIlyasa’ as dan Ezekiel as(Zulkifli as) dan Daniel as dan ramai lagi.

Di India, dipercayai bahawa Krishna dan Buddha adalah rasul yang diutuskan Allah swt untuk membimbing manusia ke jalan yang lurus. Krishna dan Buddha tidak pernah menyuruh pengikut mereka menyembah mereka apatah lagi menyuruh pengikut mereka membina patung.

Begitu juga di China, dipercayai bahawa Confusius(pengasas fahaman Confusius) dan Lao Tzu(pengasas fahaman Toisme) adalah salah seorang utusan Allah swt. Mereka adalah antara figura penting dalam masyarakat China. Fahaman mereka tersebar luas hingga ke Mongolia malah ke Jepun. Fahaman mereka mempunyai asas tauhid sepertimana agama-agama monotheism yang lain seperti Islam, Yahudi dan Kristian. Ini menambahkan keyakinan bahawa mereka berdua adalah utusan Allah swt untuk masyarakat tamadun China.


Confusius
Di Yunani pula, Socrates adalah watak utama dalam menentang ajaran agama Pagan. Paganisme pada masa itu adalah kebal dan susah untuk dihapuskan. Socrates menentang penyembahan berhala dan mempersoalkan penyembahan serta korban kepada berhala Zeus, Artemis dan sebagainya. Socrates yang terkenal dengan sikap lantangnya akhirnya dipaksa meminum racun oleh para pembesar Yunani pada masa itu. Sebenarnya beliau mampu untuk melarikan diri, namun beliau berkeras menolaknya kerana tidak mahu dilihat penakut. Inilah ciri-ciri seorang Rasul. Beliau akhirnya meninggal dunia akibat dipaksa meminum racun tersebut.

Socrates dikelilingi murid-muridnya

Di Parsi telah lahir seorang bernama Zoroaster. Zoroaster adalah pengasas agama Zoroasterian ataupun lebih dikenali agama Majusi. Menurut Al-Tabari, Zoroaster adalah nama lain bagi Zaradusht bin Isfiman.

Di Mesir purba, lahir seorang firaun yang menyeru pengikut mereka menyembah tuhan yang Esa. Firaun itu digelarAkhenaton. Firaun ini adalah bapa kepada Tutankhamun yang terkenal itu. Dipercayai, Akhenaton juga adalah seorang Rasul. Walaubagaimanapun, seruan beliau tidak berjaya kerana dikhianati oleh paderi-paderi yang masih tegar dengan ajaran agama Pagan. Akhirnya, beliau dibunuh dan diganti dengan Tutankhamun yang masih muda belia.


Akhenaten

Rasul dan Nabi yang diperkatakan seperti di atas bukan satu yang baru. Malah perkara seperti ini sudah banyak didebatkan sejak zaman berzaman. Ini adalah berkait rapat dengan firman Allah swt yang bermaksud:

Dan sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada (pula) yang tidak Kami ceritakan kepadamu. Tidak dapat bagi seorang rasul membawa suatu mukjizat, melainkan dengan seizin Allah; Maka apabila telah datang perintah Allah, diputuskan (semua perkara) dengan adil. Dan ketika itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada yang batil. [QS. Al-Mu’min (40): 78]

Siapakah Rasul Di Pompeii?
Sekarang hanya tinggal tamadun Rom sahaja. Kebanyakkan semua tamadun seakan-akan mempunyai seorang Rasul. Namun, tamadun Rom seperti tiada seorang pun yang melihatkan ciri-ciri seorang Rasul.

Berbalik kepada kisah Pompeii. Pompeii dikatakan musnah dalam masa hanya satu malam. Kelaziman yang berlaku sebelum satu-satu azab menimpa umat manusia, akan diutuskan oleh Allah swt untuk memberi peringatan. Dan azab yang berlaku biasanya hanya satu malam sahaja. Ini terjadi kepada peristiwa Nabi Lut as dan Kaumnya, Nabi Saleh as dan Kaumnya dan banyak lagi Rasul-rasul lain.

Mustahil tiada seorang Rasul dihantar ke Pompeii untuk membetulkan akidah mereka yang jauh tersesat itu. Sangat-sangat mustahil.! Jika bukan daripada kaum mereka sendiri dilantik menjadi Rasul mesti terdapat Rasul daripada kaum lain yang dilantik menjadi wakil Allah swt ke sana. Ini pernah terjadi kepada Nabi Yunus as ke Ninaveh,Iraq yang mana Nabi Yunus as adalah seorang berbangsa Israel. Bergitu juga yang terjadi kepada Nabi Musa as yang diutuskan kepada Bangsa Mesir Purba.

Inilah persoalan terhebat yang ingin dirungkaikan. Siapakah nabi atau utusan Allah swt ke Pompeii untuk memberi peringatan?

Oleh kerana waktu terjadinya letupan Vesuvius adalah 79AD, amatlah mudah untuk mengatakan bahawa utusan Allah pada masa itu kemungkinan besar adalah para Hawari Nabi Isa as. Hawari Nabi Isa as adalah seramai 12 orang yang terdiri daripada Peter, James, Yohannes, Andreas, Philip, Bartholomew, Matius, Toma, James, Thaddeus Lebbaeus, Simon the Zeolot dan Yahuda.

Walaubagaimanapun, ramai antara Hawari Nabi Isa telah wafat sebelum 79AD kerana dibunuh dan disalib oleh orang kafir laknatullah. Berikut adalah tarikh-tarikh para hawari wafat dan cara mereka wafat:

  • Peter (Simon Peter), disalib secara terbalik di Rom pada 64AD.
  • James, anak lelaki Zebedee dipancung pada 44AD, paling awal meninggal dunia
  • Yohannes (John), anak lelaki Zebedee, adik kepada James. Dipercayai meninggal dunia di Ephesus dalam 89AD hingga 120AD kerana sebab semulajadi. Beliau adalah hawari Nabi Isa as yang paling lama hidup.
  • Andreas (Andrew), abang kepada Peter, disalib secara bentuk X di Petras,Greece. Tarikh beliau meninggal tidak dapat dikenalpasti.
  • Philip, disalib pada 54AD di Hierapolis.
  • Bartholomew (Nathaniel), dilapah hidup-hidup dan kemudian disalib. Dipercayai meninggal di Derbend dekat Caspian Sea pada usia 71tahun.
  • Matius dibunuh di Ethiopia pada 60AD
  • Toma dibunuh dengan lembing di Mylapore, Madras, India pada 72 AD.
  • James, son of Alphaeus, dibelasah hingga meninggal dengan menggunakan batu dan kemudian disalib.
  • Thaddeus Lebbaeus(Jude),disalib kemungkinan samaada di Armenia, Syria and Persia dan dikebumikan di Kara Kalisa,Iran. Tarikh tidak diketahui.
  • Simon the Zealot , disalib pada 74AD.
  • Yahuda (Judas Iscariot), Judas adalah watak kontroversi dalam agama Islam dan Kristian. Islam mempercayai beliau digantikan dengan Nabi Isa as semasa disalib dan Kristian mempercayai bahawa beliau mengantungkan diri sendiri selepas mengkhianati Nabi Isa as.
Mengikut statistik tersebut, hanya seorang calon yang sesuai untuk dikaitkan dengan Pompeii. Ia tidak lain dan tidak bukan adalah Yohannes ataupun John. Yohannes dikenali sebagai hawari yang menyebarkan ajaran Isa as ke wilayah di sekitar Itali, Sepanyol dan Greece. Maka tidak mustahil bahawa beliau sempat singgah di Pompeii dan berdakwah ke sana.

Yohannes dikatakan berdakwah hingga ke Colliseum. Beliau kemungkinan sempat ke Pompeii dan berdakwah ke sana. Namun, tidak dihiraukan, malah disingkirkan keluar daripada masyarakat mereka. Setelah itulah seksaan Allah tiba pada masyarakat Pompeii iaitu pada malam 79AD.! Waallahualam.

Bandar Mega Pompeii

Friday, July 01, 2011

MERUNGKAI MISTERI KEWUJUDAN DRACULA

Gambar Sekadar Hiasan
Hampir keseluruhan penduduk dunia ini sudahpun mengenali dracula sebagai makhluk yang mengerikan dan gemar menghisap darah manusia. Cerita berkenaan dracula ini sangatlah terkenal dan sering dijadikan inspirasi untuk menghasilkan sesebuah karya seni cerita, filem, lagu, dan lain lain. Namun apakah dracula yang begitu terkenal ini hanyalah merupakan sebuah legenda, atau sememangnya ia benar² wujud di dalam dunia ini? Inilah kenyataannya yang harus difikirkan bersama berserta dalil² kajian.

Dracula
Sehingga saat ini sudah tidak terhitung lagi berapa jumlah cerita, lagu, dan filem² yang menggambarkan makhluk misteri ini. Tetapi sebenarnya apakah dracula itu? Apakah ia bersesuaian dengan apa yang digambarkan di dalam filem² buatan pencinta² seni filem?

Di dalam filem juga kita disogokkan untuk mengenali dracula sebagai makhluk yang gemar menghisap darah manusia. Dracula biasanya diceritakan sebagai makhluk berdarah biru, keluar pada malam hari, akan mati jika terkena cahaya matahari, selalu dahagakan darah manusia, akan mati dijika ditusukkan senjata perak di jantungnya, anti salib dan ubi, serta beberapa lagi ciri² lain dracula yang biasa digambarkan di dalam filem².

Asal Usul
Mungkin agak sedikit membosankan bagi sesetengah orang jika diceritakan hal² sejarah begini, tetapi ini sudahpun diringkaskan semampu mungkin. Dracula sebenarnya berasal dari Romania dan mulai tersebar di Eropah pada abad ke 16. Kisah kewujudan dracula sebenarnya merupakan kisah benar. Sejarah Dracula berasal daripada seorang Raja Romania pada Abad ke 14 yang bernama Vlad Dracul.

Vlad Dracul merupakan seorang Raja Romania pada abad ke 14 yang gemar berperang dan beliau memang terkenal dengan kekejamannya. Kemampuannya dalam medan peperangan tidak dapat diragukan lagi apabila dilihat daripada jumlah peperangan yang dimenanginya. Dipercayai bahawa Vlad Dracul mempunyai ritual khusus sebelum memulakan peperangan, iaitu meminum dan berendam dengan darah musuh yang pernah dikalahkannya (namun penulis asal belum mendapat bukti kukuh bagi menguatkan dakwaan ini).

Istana Vlad Dracul
Kekejaman pemerintahannya berlanjutan secara turun temurun kepada pewaris² generasinya. Vlad Tepes III adalah pewaris kepada Vlad Dracul yang kemudiannya dijoloki sebagai Dracula (merujuk pada nama Vlad Dracul yang merupakan pendahulunya) kerana kekejamannya yang menyamai Vlad Dracul. Vlad Tepes III (Dracula) hidup pada tahun 1431 dan meninggal pada tahun 1476.

Kekejaman Vlad Tepes terkenal daripada cara dia menghukum para tawanannya dengan cara ngeri, iaitu disiat kulit dan disula (disula adalah penyeksaan dengan cara menusuk anus dengan kayu sebesar lengan tangan orang dewasa yang hujungnya diruncingkan hingga menembusi ke mulut mangsa. Mangsa yang telah ditusuk kemudian dipancangkan sehingga kayu sula menembusi perut, kerongkong, hingga ke kepala). Dipercayai kekejaman dan kejayaan Dracula dalam peperangan dikeranakan oleh Dracula (Vlad Tepes III) meneruskan ritual pendahulunya Vlad Dracul iaitu dengan cara mandi dan meminum darah manusia.

Sehingga perang Salib terjadi, Dracula telah membunuh ratusan ribu tawanannya dengan cara disula dan sebahagian besar mangsanya adalah orang Islam. Namun ketika perang salib terjadi, Dracula berjaya dikalahkan oleh Sultan Mehmed II, kepalanya dipenggal dan dipersembahkan kepada Kerajaan Turki Uthmaniyah untuk menghargai warga turki yang menjadi mangsa kekejaman Dracula semasa Perang Salib.

Namun semuanya tidaklah berakhir disitu sahaja, oleh kerana kejayaan Vlad Dracul dan Vlad Tepes III dalam peperangan, maka ramailah pemimpin² lain juga ingin mengikuti jejak langkahnya. Akhirnya pada abad ke 15,16,17 terjadilah wabak Dracula (mengikuti ritual Dracula (Vlad Tepes III), iaitu mandi dan meminum darah manusia). Daripada situasi inilah dikatakan telah lahirnya spesies manusia baru yang gemar meminum darah manusia. Ada yang mempercayai keturunan Vlad Dracul masih lagi wujud sehingga sekarang dan masih melakukan ritual yang mengerikan itu (penulis asal tidak dapat memastikan kebenarannya ini).

Sekarang pastinya sudah jelas pada kita bahawa Dracula adalah sebuah kenyataan dan wujud di dunia (tetapi kewujudan keturunan/etnik mereka yang meminum darah sampai sekarang masih lagi diragukan kewujudannya). Namun sejarah di atas tidak mampu menjelaskan dari mana datangnya ciri-ciri Dracula seperti berdarah biru, muka pucat, haus akan darah, benci bawang putih, dll. Orang Eropah, khususnya Romania meyakini bahawa spesies Dracula (keturunan Van Dracul) memang mempunyai ciri-ciri dan fizikal yang seperti itu. Namun bagaimanakah penjelasannya secara ilmiah? Apakah sains dapat menjelaskannya.

Lakaran Vlad Tepes III
Ciri² Dracula Daripada Segi Ilmiah (Sains)
Jika daripada sudut pandang sains, pasti kita akan menjangkakan penyakit atau kelainan apakah yang membuatkan gejala dan ciri² seperti Dracula terjadi. Dan ternyata sememangnya terdapat penyakit di dunia ini yang memenuhi kriteria² dracula tersebut, iaitu Porphyria. Porphyria adalah sejenis penyakit gen dimana para pengidapnya akan kekurangan enzim glisin yang berfungsi untuk membentuk Heme. Heme adalah komponen hemoglobin yang berfungsi untuk membawa oksigen di dalam darah. Bayangkan jika Heme kurang dan oksigen tidak dapat dibawa secara sempurna, maka tubuh akan menjadi warna biru pucat. Kerana itu juga para pengidap Porphyria tidak boleh terkena cahaya matahari, kerana cahaya matahari boleh membakar kulit mereka. (2 ciri-ciri Dracula sudahpun terjawab dengan kajian sains ini)

Disamping itu kerana kualiti darah yang rendah akibat kekurangan oksigen, maka pengidap Porphyria haruslah mendapat bekalan darah secara berkala. Bahkan katanya mereka harus meminum darah itu secara terus agar darah tersebut dapat memasuki ke dalam sistem pencernaan dan diceraikan untuk masuk pula ke dalam aliran darah.

Kualiti darah juga ditentukan oleh kadar lemak di dalam darah. Bawang putih mengandungi suatu zat yang menyebabkan kadar lemak dalam darah berkurangan. Mungkin itu jugalah yang menjelaskan mengapa Dracula sangat takut pada bawang putih. Dikatakan juga penyakit Porphyria merupakan penyakit yang dijangkiti secara turun-temurun (penyakit keturunan).

Porphyria berasal daripada bahasa Yunani, 'Porphura' yang bermaksud ungu. Nama ini mengacu kepada perubahan warna beberapa cairan tubuh menjadi warna ungu, salah satunya urin, jadi sesuai dengan gejala/ciri² penyakit tersebut. Di bawah adalah gambar pengidap penyakit Porphyria:

Antara Kesan Penyakit Porphyria
Terlihat di gambar ia memang sedikit mengerikan dan kesemua kriteria² Dracula seharusnya terdapat pada para pengidap Porphyria. Daripada sini dapat kita simpulkan bahawa Dracula bukanlah puak/etnik khusus daripada keturunan Vlad Dracul tetapi sebenarnya Vlad Dracul dan keturunannya adalah pengidap penyakit Porphyria.

Penyaksian dan Kejadian
Pelbagai kejadian misteri mengenai Dracula telah diceritakan secara turun-temurun oleh masyarakat di pelbagai wilayah eropah dan dunia. Cerita² masyarakat inilah yang diangkat oleh seorang pengarang yang berasal dari Ireland, Bram Stoker pada tahun 1987 di dalam filem hantunya yang berjudul "Coun Dracul" yang ternyata telah menjadi terkenal dan terus difilemkan sehingga sekarang (yang terkenal ketika ini sebagai "twilight").

Menurut legenda, Dracula berasal daripada orang mati yang bangkit kembali dari dalam kuburnya. Pada tahun 1732 di kawasan Hongaria dilaporkan seorang penduduk desa yang telah meninggal selama tiga tahun, tiba-tiba bangkit dari dalam kuburnya dan menyerang keluarganya sendiri. Ia menghisap darah empat anak saudaranya sehingga meninggal dunia.

Semenjak itu, penduduk setempat tidak lagi tinggal dalam keadaan aman. Mereka kemudiannya dengan segera menggali semula kubur milik Dracula tersebut. Ternyata mereka mendapati sesuatu yang diluar dugaan. Mayat yang dikuburkan selama bertahun-tahun itu ternyata masih utuh. Rambut dan kukunya memanjang, matanya setengah terbuka, dan jantungnya kelihatan masih berdenyut. Yang lebih menghairankan lagi di mulutnya terdapat sisa² darah segar yang baru sahaja mengering.

Akhirnya penduduk setempat membunuh mayat tersebut bagi mematikannya untuk kedua kalinya dengan menancapkan pancang besi perak tepat di atas jantungnya (mungkin inilah asalnya mengapa dracula dikatakan hanya mati jika ditusuk jantungnya).

Ini adalah patung gambaran bagaimana dracula dibunuh
Jika berdasarkan kenyataan penduduk Hungary di atas, maka terdapat beberapa persoalan yang tidak dapat dijawab seperti:
  • Bagaimanakah mungkin mayat boleh hidup kembali?
  • Kenapakah mayat tersebut tidak membusuk?
  • Bagaimanakah nasib ke empat-empat anak saudaranya yang dikatakan mati dihisap darahnya?
  • Mengapakah tidak ada catatan mengenai mereka? dan lain-lain.
Kesimpulan
Kita sekarang boleh menyimpulkan bahawa Dracula asal sebenarnya adalah daripada keturunan raja Romania yang memiliki penyakit pelik yang diberi nama sebagai penyakit Porphyria dan mereka melakukan ritual meminum darah segar manusia sama ada darah daripada mayat ataupun manusia yang masih hidup. Namun kerana 'jasa' Vlad Dracul dan Vlad Tepes III dalam peperangan yang dianggap oleh bangsa² tertentu sebagai besar, maka kejelikan² mereka disamarkan sehingga diciptakannya sebuah legenda Dracula yang sepertimana wujud di dalam filem² zaman sekarang.

MISTERI TEMPAYAN GERGASI DI LAOS (‘Mystery Plain of Jars’)

Beribu-ribu tempayan batu berada di sini. Siapakah yang menciptakannya?
Terletak di wilayah Xieng Khouang, Loas, ia bakal membuatkan anda tertanya-tanya mengapakah tempayan batu dicipta? Ia akan terus menjadi misteri kepada anda semua apabila melihat kebanyakan tempayan batu ini bersaiz besar sehingga mencecah ketinggian 1 meter hingga ke 3 meter tinggi. Dipercayai tempayan batu ini sudah wujud sekitar 2000 tahun lampau. Ia adalah bersamaan dengan permulaan zaman batu di Asia Tenggara!

Menurut rekod arkeologi, terdapat lebih kurang 136 tapak yang telah berjaya dicatatkan, meskipun terdapat begitu banyak namun hanya 3 tapak sahaja dibuka. Ini kerana, tapak-tapak lain tidak selamat untuk dibuka kepada para pelancong kerana di dasar tanahnya tertanam beribu-ribu periuk api hasil daripada Perang Vietnam pada tahun 1970-an!

Walaubagaimanapun semenjak tahun 1980-an, Syarikat Mines Advisory Group (MAG) telah mulai menjalankan kerjasama bersama-sama kerajaan Loas untuk membersihkan tapak arkeologi tersebut daripada bahaya periuk api. Sehingga ke hari ini, projek tersebut masih lagi terus berjalan.

Lokasi 'Plain of Jars' (segitiga biru)
Walaupun hanya terdapat 3 buah tapak sahaja yang dibuka, ia sudah cukup untuk menggamit hati para pelancong. Dengan 3 buah tapak ini juga, ia sebenarnya sudahpun memadai untuk kita semua memikirkan untuk APAKAH tempayan² batu sebesar ini dicipta dan SIAPAKAH pula yang menciptakannya?

Sehingga ke hari ini, tiada siapapun yang dapat memberikan jawapan yang paling bernas dan diyakini paling tepat untuk menjawab semua misteri pembinaan tempayan batu raksasa ini. Hampir kesemuanya hanyalah sekadar teori yang tidak mempunyai bukti-bukti yang kukuh dan konkrit. Wallahualam.

Kelihatan para pelancong dari luar negara.
HASIL KAJIAN AHLI ARKEOLOGI
Seorang ahli geologi amatur berbangsa Perancis yang bernama Madeleine Colani telah menjalankan kerja-kerja arkeologi di sini pada awal tahun 1930. Beliau mendakwa tempayan batu gergasi ini dicipta untuk dijadikan ‘keranda’ bagi masyarakat zaman batu tersebut! Ini dikuatkan dengan penemuan banyak rangka-rangka manusia dan juga barang kemas serta pasu seramik di sekitar tempayang batu berkenaan.

Pada tahun 1994, Professor Eiji Nitta dari Kagoshima University telah berkerjasama dengan Lao Archaeologist Thongsa Sayavongkhamdy bagi menjalankan kerja-kerja penyeliaan dan pemetaan di Tapak 1. Dan beliau juga secara peribadi menyokong teori yang dikemukakan oleh Madeleine Colani pada tahun 1930-an tersebut.

Adakah benar tempayan² batu ini digunakan sebagai 'keranda'?
LAGENDA MASYARAKAT TEMPATAN
Namun menurut cerita masyarakat tempatan, tempayan batu ini telah dicipta bagi tujuan menghasilkan Lao Lao Wine iaitu sejenis arak beras. Kegunaan tempayan batu ini adalah untuk memeramkan arak tersebut sehingga rasanya berubah menjadi ‘masam’.

Menurut lagenda masyarakat tempatan juga, pada zaman dahulu terdapat suatu kaum gergasi yang diketuai oleh Khun Cheung. Khun Cheung telah mengarahkan kaumnya untuk membina tempayan ini bagi tujuan menghasilkan Lao Lao wine demi meraikan kemenangan mereka selepas satu siri peperangan yang hebat yang melibatkan masyarakat mereka.

Namun terdapat juga versi lagenda lain menurut masyarakat setempat. Versi itu pula menceritakan bahawa tempayan² ini sebenarnya dicipta untuk tujuan menadah hujan yang turun pada musim monsun. Air hujan di dalam tempayan batu gergasi itu kemudiannya akan digunakan untuk pelbagai kegunaan masyarakat tempatan. Ia juga akan digunakan oleh para pengembara sebagai bekalan air minuman mereka.

LAGENDA MAHSURI

Mahsuri dengan keanehan Darah Putih yang mengalir di dalam tubuhnya, pasti menimbulkan seribu satu persoalan bagaimanakah ia terjadi dan siapakah sebenar gerangannya si Mahsuri ini. Inilah keanehan Pulau Langkawi yang sering dikaitkan dengan lagenda puteri Pulau Langkawi si Mahsuri yang berdarah putih berkenaan!


Lakaran Potret Mahsuri
Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.

Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak. Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.

Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Maya dan Mak Andam (ada menyatakan nama ibunya adalah Mak Endah Alang) datang dari Siam. Pandak Maya boleh dikatakan sebagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi.

Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan bernama Mahsuri. Kehidupan Mahsuri dikhabarkan adalah seperti anak gadis Melayu yang lain yang diasuh dengan tatasusila dan kesantunan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, dikatakan kejelitaan Mahsuri membawa kepada buah mulut dan kecemburuan masyarakat setempat terutamanya di kalangan kaum wanita. Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.


Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.

Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.

Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.

Makam Mahsuri
Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnyajatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.

Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Mat Arus keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.

Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.

Telaga Mahsuri
Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.

Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah binti Wan Nawawi menetap di pulau Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.

Waris Mahsuri ke 7, Wan Aishah
Waris Mahsuri ke 7, Wan Aishah





















Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA.

KEMUKJIZADAN SOLAT ISLAM


HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.



Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.

10 KEJADIAN ALAM YANG MENGAGUMKAN

1. Pamukkale (Turki)


Terletak di Daerah Denizli di barat daya Turki, menjadi tumpuan bagi mereka yang menginginkan suasana nyaman dan tenang. Yang terpenting tempat ini adalah kawasan alam mineral dan boleh mandi spa kerana perairan batu kapur (kalsium) yang panas, muka buminya halus dan struktur organik yang kelihatan aneh.


2. Fly Geyser (Nevada)




Terletak di Nevada, AS, Fly Geyser sesuai untuk mereka yang mencari air


3. Valley of the Moon (Argentina)




Valley of the Moon, juga dikenali sebagai Taman Nasional Ischigualasto, adalah tempat "di mana kita merasa memegang bulan". Di lembah kering, dengan bentuk alam semulajadi yang terhasil dari tindakan angin yang mengambil masa yang lama untuk membentuk batuan raksasa menegak dan menakjubkan.


4. Enchanted Well - Chapada Diamantina National Park (Brazil)




Kolam cekung raksasa terletak di Taman Nasional Chapada Diamantina di Brazil. Poco Encantado, juga dikenali sebagai Enchanted Yah, mempunyai air transparan yang kelihatan dan pokok-pokok tua terutama ketika matahari hanya datang melalui celah batuan.


5. Wulingyan, Hunan (China)


Pemandangan batu gamping terbesar dan dramatik di Asia terdapat di Wulingyan dan memang terkenal di Cina. Orang-orang juga menemui kesamaan antara gambar pemandangan di wilayah Hunan.


6. Ice Towers of Mount Erebus (Antarctica)




Gunung Erebus adalah gunung berapi aktif terbesar di dunia. Ia mempunyai vulkanik panas yang dipenuhi dengan ais dingin telah menghasilkan sistem yang rumit dari gua ais di atas puncak Erebus. Ratusan menara ais juga dapat ditemui di Mars, Jupiter, Saturnus dan Neptunus.


7. Kasha Katuwe Tent Rocks (New Mexico)




Kasha-Katuwe berbentuk Tenda Batu di New Mexico dengan rekabentuk berpahat terhasil dari tindakan seragam yang berbentuk formasi batuan yang dihasilkan oleh letusan gunung berapi yang meledak.


8. The Stone Forest (China)


Dianggap sebagai "Keajaiban Dunia Pertama" sejak Dinasti Ming, Hutan Batu Cina penuh dengan batu gamping dalam bentuk arca.


9. Salar de Uyuni (Bolivia)




Terletak di Bolivia, Salar de Uyuni adalah gurun garam merupakan dataran paling besar di dunia. Meliputi kawasan seluas 10.582 kilometer persegi, jantung dari Altiplano mempunyai paling kurang 10 milion tan garam.


10. Comodo National Park (Indonesia)




Pulau Komodo terletak di sebuah selat antara Pulau Flores di Nusa Tenggara Timur (NTT)dan Sumbawa di Nusa Tenggara Barat (NTB). Di Pulau Komodo terdapat biawak terbesar di dunia, iaitu biawak Komodo (Varanus komodoensis). Komodo dipercayai keturunan binatang purba Dinosaurus yang masih hidup. Panjang komodo dapat mencapai 3 meter dengan berat boleh mencapai 140 kg. Kawasan perairan di pulau Komodo juga terdapat perairan yang termasuk dalam keajaiban dunia bawah air. Dasar laut perairan Komodo adalah yang terbaik di dunia, di permukaan laut munculnya daratan-daratan kering yang berbukit karang