Menurut kajian yang dilakukan, Malaysia merupakan pengeluar terbesar ikan hiasan dunia Malaysia merupakan antara pengeluar yang menghasilkan ikan Discus,Ikan Emas,Koi,dan Kelisa yang terbaik di dunia...Mari kita belajar cara pembiakan ikan laga atau ikan spilai..sekarang pun ikan ni mempunyai peminat mereka yang tersendiri..
Pendahuluan
Ikan laga ni sebenarnya mempunyai beberapa varieti atau jenis2 yang berbeza..ia dapat dikenal pasti melalui bentuk ekor nya.ada spesis crown tail,half moon,moon atau jenis yang biasa.yang femes atau harga yang mencecah rm 20 hingga ratus2 sekor biasanya half moon..cantik kalo korang tengok , ikan laga nie mempunyai bermacam2 warna dan kualitinya juga dinilai dari warna,sama ada sekata ke,seragam ke..
Jantina
cara nak kenal ikan jantan senang ajer..biasernya ikan jantan ekor die panjang.tapi tidak semestinya sebab sekarang nie para penternak dah hasilkan betina yang ekor panjang gak..tapi yg betina ni korang akan dapat kenal pasti melalui abdomen dan juga biji putih di bahagian anusnya..
Kematangan
untuk pembiakan korang memerlukan induk yang matang jadi pilihla dengan betul..
Jantan
induk jantan yang matang dan bersedia untuk membiak akan membuat buih di permukaan..
Bagi yang betina pulak, perut atau abdomendia akan buncit,dan terdapat
biji putih di bahagian anusnya...
Kaedah pembiakan
Bagi kaedah pembiakan,korang kene sediakan bekas yang selesa 1 kaki x 1 kaki x 1 kaki.tapi lagi kecik pun takder masalah ,dalam bekas ikan nie letak daun ketapang...air die akan jadi berasid dan sesuai untuk pembiakan. dan cepat membiak.untuk meransang pembentukan buih oleh jantan,sebaiknya letak polistrene atau kiambang untuk mengekalkan buih tuh sebab ikan akan suka buat buih di bawahnya..
sebaiknya letak dulu bekas yang ada induk jantan dan induk betina ni sebelah2 di dalam bekas yang berasingan dulu,ye la kan bagi kenal2 dulu.lagi satu dalam tangki pembiakan letak daun atau batu kecik utk jadi pelindung kepada betina untuk perlindungan..
selepas jantan buat buih baru dimasukkan induk betina..induk jantan dan betina nie sebaiknya dicampurkan atau dikahwinkan di awal pagi..menjelang tengahari ikan nie akan melakukan ritual peneluran..ikan jantan akan menari dengan mengibaskan ekornya,membelit betina dan mengutip telur dan memasukkannya ke dalam buih..benda nie akan berlaku dari setengah jam hinga sejam..
selepas tu keesokan harinya ceraikanla dieorang..alih yg betina tinggalkan yang jantan sahaja.
.sebab jantan akan jaga telur dan ditakuti yg betina akan makan telur atau anak..
selepas sehari anak ikan menetas.alihkan jantan pulak ke dalam bekas lain.sebab ikan jntan nie da lama tak makan,jadi ia lapar dan ditakuti ia akan makan anak die sendiri(bukan ditakuti,memang ye pun).
Penjagaan anak
anak2 ikan laga perlu diberi makan selepas 3 hari mereka menetas,
..seeloknya rotifer disamping air hijau sebagai supplemen..kebaikan air hijau ni die akan melindungi badan anak ikan dari penembusan cahaya matahari yang boleh merosakkan mata dan organ anak ikan tersebut.air hijau nie sebenarnya mengandungi phytoplankton bernama chorella secara majoritinya,tapi ada gak banyak species lain yg ada.ia boleh didapati dari air ternakan ikan tilapia,ikan keli.korang perhatikan air dalam kolam ternakan dua spesis ni hijau,itulah air hijau yang dimaksudkan..ok?
selepas seminggu cuba dapatkan moina atau artemia untuk peringkat pemakanan seterusnya..ikan laga nie akan makan apa sahaja yang muat dengan mulutnye..
satu lagi tips ikan laga nie akan lagi cantik dan cepat membesar jika diberi makanan hidup mcm jentik2 ataupun frozen blood worm...selamat mencuba…..
KOLEKSI IKAN LAGA
cantiknya ikan laga ni kan........
ReplyDelete