Endometriosis ialah satu keadaan yang tidak merbahaya tetapi boleh menyebabkan kesakitan dan pelbagai masalah lain yang kerapkali mengganggu pengeluaran benih, serta menyekat saluran peranakan wanita.
Mengenali Rahim (uterus)
Rahim wanita terdiri daripada tiga lapisan iaitu perimetrium
(lapisan luar), myometrium (otot atau lapisan tengah), dan endometrium (lapisan
dalaman).
Lapisan endometrium ini terdiri daripada beberapa lapisan
termasuk sel seakan sel kulit, sel darah, ruang tisu dan kelenjar.
Endometrium menebal pada saat ovulasi (pelepasan telur dari
ovari).
Telur yang dipersenyawakan akan melekat pada dinding
endometrium ini. Jika pembenihan tidak berlaku, selaput endometrium akan
meluruh semasa haid.
Ia keluar sebagai
‘darah haid’ setelah bercampur dengan darah dari rahim serta kuman-kuman
bakteria.
Penyakit Endometriosis
Endometriosis pula ialah satu keadaan dimana selaput
endometrium ini bukan sahaja tumbuh didalam rahim, tetapi juga diluar rahim
seperti pada salur fallopian, ovari atau usus-usus kecil atau besar. Ia
dipanggil implan.
Memandangkan implan ini terbentuk diluar rahim, ia mengalami
kesukaran keluar daripada badan sewaktu haid dan menyebabkan kesakitan.
Lama- kelamaan, darah akan berkumpul dan membentuk
‘cysts’ serta menyebabkan perekatan
(adhesion) yang menyukarkan pembenihan.
Kesan Endometriosis
Endometriosis boleh menyebabkan pendarahan yang tidak
normal, segugut, kesakitan pada bawah perut dan pinggang, , keguguran, gangguan
kencing, dan lain-lain. Tetapi ada
wanita yang menghidap endometriosis tidak mengalami sebarang gejala. Tahap
kesakitan tidak berkait dengan betapa teruknya endometriosis yang dialami.
Walaubagaimanapun, masalah ini boleh diatasi dengan rawatan
yang sewajarnya.
Sumber:myhealth,KKM
No comments:
Post a Comment