Sunday, March 27, 2011

Surah Penawar






















Surah  Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya  mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga.  Kolam sungai ini diperbuat daripada batu
permata
 nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. 


Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi  iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. 

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita  amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan  berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika  sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah  dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir  itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita  akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya,  hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya  sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak  bersalah tetapi
dizalimi.

No comments:

Post a Comment