Tuesday, July 19, 2011

Peristiwa Israk dan Mikraj................

.
Tanggal 27 Rejab setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut peristiwa Israk dan Mikraj.

Israk adalah perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Jerusalem, manakala Mikraj pula perjalanan Rasulullah SAW menuju ke langit ketujuh, Sidratul Muntaha, ‘Arasy dan Singgahsana (Kursi) Allah dan menerima wahyu dari Allah Yang Maha Besar

Peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku setahun sebelum hijrah bukan peristiwa biasa dan bukan sekadar perjalanan melihat kehebatan alam semesta. Lebih dari itu, perjalanan Israk dan Mikraj mempunyai hikmah cukup mendalam bagi Rasulullah SAW secara peribadi dan umat Islam keseluruhannya.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

-Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

-Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

-Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

-Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

-Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

-Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

-Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

-Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

-Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

-Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

-Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

-Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

-Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv.   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
 v.   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

 x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T     :       Ya Muhammad. 
Rasulullah        :       Labbaika.

Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

  Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). 

Tuesday, July 12, 2011

GUA WAITOMO BERCAHAYA SEPERTI BINTANG AKIBAT GLOW-WORM

Pernahkah kita terfikir untuk berada di dalam sebuah gua yang gelap namun di langit gua tersebut terdapat berbutir-butir cahaya laksana bintang di angkasa? Atau persoalan lainnya pula; Kita semua telah biasa melihat bintang-bintang bersinar di langit pada malam hari, namun bagaimanakah untuk kita melihat bintang yang bersinar² di dalam tanah yang berrongga seperti gua?

Anda hanya mampu untuk melihat keajaiban itu apabila anda mempunyai kesempatan untuk datang ke Gua Waitomo Glowworm di New Zealand. Tentu sahaja "bintang" yang dimaksudkan itu tidak sama zatnya sebagaimana bintang yang bersinar di langit hitam bumi. Ini adalah kerana butir² cahaya bintang yang bersinar di Gua Waitomo di New Zealand berkenaan adalah berpunca daripada kehadiran sejumlah cacing yang tergantung di langit gua terbabit.


Gua ini terkenal di serata dunia dan menjadi daya tarikan pelancong baik pelancong tempatan mahupun dari luar negera. Hampir setiap pelancong yang ingin berkunjung ke New Zealand akan pasti memasukkan Gua Waitomo ke dalam senarai tempat kunjungan mereka di New Zealand. Glow Worm Waitomo adalah sejenis ulat yang bercahaya dalam kegelapan atau nama latinnya adalah Arachanocampa luminosa iaitu satu spesis cacing yang unik yang wujud di New Zealand.

Ribuan daripada makhluk kecil ini mampu untuk memancarkan cahaya yang cukup terang di dalam gua berkenaan sehingga langit dan dinding gua tersebut kelihatan umpama terdapatnya jutaan bintang sepertimana di langit hitam bumi.


Disamping menikmati pemandangan yang menakjubkan di dalam gua berkenaan, para pelancong juga akan diberikan maklumat dan penjelasan tentang Sejarah dan Geologis gua tersebut oleh ketua kumpulan rombongan yang dilantik oleh syarikat Tour Guide bagi membawa pelancong melawat kawasan dalam gua terbabit. Tempoh sekali lawatan ke gua tersebut telah ditetapkan sekitar 45 minit. Anda akan dibawa masuk ke dalam Gua Glowworm yang spektakular dengan dekorasi gua yang megah dan batang batu kapur yang dikenali sebagai Tomo.

Pemandu pelancong anda juga akan memberikan sebuah komentar bermaklumat yang menghiburkan disamping berkongsi cerita mengenai legenda kebudayaan dan keajaiban alam di gua terbabit.




















METEORA ~ BANGUNAN BIARA DI PUNCAK GUNUNG BATU ATHOS, GREECE



Meteora (bahasa Yunani: Μετέωρα) adalah salah satu kompleks biara Ortodoks Timur yang terbesar dan terpenting di Greece atau bahasa silamnya adalah Yunani. Terdapat enam biara di sini dan kesemuanya dibina pada puncak sebuah gondolan bukit batu terjal semulajadi di Thessaly, Greece Tengah. Bandar yang paling berdekatan dengan kompleks ini adalah Kalambaka. Meteora merupakan sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Melihat gambar-gambar kompleks biara ini, pasti anda akan berasa sangat takjub. Bagaimanakah sebuah kompleks biara boleh berdiri di atas puncak gondolan bukit batu yang terjal iaitu sebuah gondolan tanah yang naik menegak dari paras tanah seakan ia adalah sebatang tiang yang dipacakkan di atas tanah. Pasti akan terbayang betapa sukarnya pembinaan kompleks biara ini, padahal usianya sudahpun mencecah ratusan tahun. Pasti juga terbayang teknologi apakah yang digunakan untuk membina bangunan² biara ini yang bahan² binaannya perlu diangkut dari bawah yang sangat curam?


Terdapat enam buah biara di kompleks ini. Ia berada di kawasan Thessaly, berhampiran dengan Sungai Pineios iaitu berada di pinggir barat laut Greek Tengah. Apa yang cukup menarik tentang kompleks ini adalah laluan untuk menuju ke biara tersebut yang sangat sukar pada suatu masa dahulu. Kononnya pada masa dahulu kala, untuk pergi ke biara tersebut perlu menggunakan sebuah peralatan seperti jala bagi tujuan menaik dan menurunkan barang, termasuklah manusia. Maka oleh yang demikian, kekuatan hati dan kepercayaan diri amatlah diperlukan untuk menjejakkan kaki di kompleks biara berkenaan.

Para pertapa pada abad ke 11 Masihi sering mengasingkan diri dengan cara menghuni gua/ceruk yang berada di lereng² bukit batu terjal tersebut yang ketinggiannya mencapai sehingga 50 meter. Namun sejak kebelakangan abad ke 15, barulah para pendita aka pertapa mulai membina pelbagai biara di puncak bukit yang terjal berkenaan. Sudah semestinya untuk keluar masuk ke biara itu hanya boleh dengan menggunakan bakul besar atau jala yang ditarik dari puncak bukit batu terjal tersebut.

Itulah Meteora! Ia wujud jauh di tengah-tengah daratan Greece. Ia berada pada salah satu puncak bukit bukau batu karang di kaki pergunungan Pindos. Bukit bukau ini naik menjulang tinggi seolah-olah terdapatnya sekumpulan stalakmit bersaiz mega yang mendongak naik dari dasar lembah Thessalian yang subur.


Biara-biara tersebut tampak cantik berlatar belakangkan bukit bukau di lembah Thessalian itu. Benteng tanah merahnya yang kontra dengan warna dinding bukit batu karangnya yang lebih menonjolkan warna kekelabuan menyerlahkan lagi suasana indah permainya. Pandangan dari atas bukit ke arah dataran rendah pula dipenuhi oleh perpohonan, jurang dan beberapa kawasan perkampungan. Sungguh luar biasa keindahannya sehingga Meteora disebutkan sebagai salah satu tempat yang paling mempesonakan yang wujud di bumi.

Di dalam biara pula terdapat banyak old icons, lukisan dinding, ukiran kayu berlapis emas dan pelbagai artifak kuno yang bernilai tinggi lainnya. Namun amat sayang sekali kerana pada masa Perang Dunia II, tentera Nazi telah menghancurkan banyak biara antik dan bersejarah sehinggakan daripada 24 biara kuno yang pernah didirikan di situ pada suatu masa dahulu, kini hanya tinggal enam biara sahaja yang masih boleh dihuni dan telah dijadikan sebagai muzium.


Ironinya, seorang produser filem James Bond rupa²nya telah tertarik pada tempat yang unik dan cantik ini sehinggakan beliau memilih sebuah biara yang bernama Agia Triada (Holy Trinity) Monastery untuk dijadikan sebagai lokasi pembikinan filem "For Your Eyes Only" yang diperanan utamakan oleh Roger Moore.

Namun kini usaha untuk melawat biara-biara tersebut tidaklah sesukar dahulu lagi kerana telahpun dibina sebatang jalan untuk menuju ke Meteora terbabit. Malah telah dibina sebuah tangga pada dinding tebing bukit batu terjal tersebut sehingga tetamu boleh naik ke puncak bukit untuk sampai dengan selamat ke bangunan biara berkenaan. Meteora juga telah diletakkan sebagai tapak "Unesco 's World Heritage", dan kini berjuta-juta pelancong dalam dan luar negera boleh datang ke Meteora yang dikatakan sebagai "One of the Most Amazing Places in Greece" atau "One of the Most Spectacular Places to visit in Greece".


















11 BENTUK HATI PADA MUKA BUMI DILIHAT DARI UDARA

1. Pulau di Zadarski Kanal, Croatia


2. Jerman


3. Uitm Segamat, Johor, Malaysia


4. Jerman


5. Florida, AS


6. Brazil


7. Jerman


8. Australia


9. Polynesia


10. New Caledonia


11. Jerman

Sunday, July 03, 2011

8 Cara Kekal Romantik




Orang kata, apabila usia sesebuah perkahwinan itu semakin meningkat, perasaan cinta terhadap pasangan masing-masing semakin berkurangan. Malah apa yang dilalui hari-hari bersama pasangan hanyalah satu tanggungjawab dan rutin yang perlu dipenuhi.

Benarkah begitu? Di sini GUA ingin tekankan jangan mudah terkeliru dengan tanggapan sebegini. Tangapan sebegini sebenarnya lahir daripada mereka yang tidak jujur dengan perkahwinan sendiri.

Usia perkahwinan yang semakin bertambah bukanlah alasan untuk merenggangkan sesebuah perhubungan. Ini kerana terdapat banyak cara yang boleh dilakukan agar sesebuah perkahwinan itu tetap harmoni dan penuh dengan perasaan cinta!

Di sini diperturunkan lapan cara yang boleh anda praktikkan untuk memastikan cinta anda dan pasangan tetap menyala. Pastinya bukan semua kaedah ini mampu memberikan hasil secara langsung kerana ia memerlukan masa dan perlu dijadikan amalan supaya hubungan kasih sesama pasangan terus terikat kukuh.

1. Sesekali masaklah makanan kesukaan pasangan anda, contohnya untuk minum petang. Lebih romantik apabila anda sajikan pada saat dia sedang mengerjakan hal-hal kecil di sekitar rumah. Walaupun cara ini kelihatan mudah, namun kesannya sangat positif. Pasangan akan lebih menghargai jika selera dan pakaiannya dijaga rapi oleh insan tercinta.

2. Berikan perhatian lebih kepada pasangan ketika dia jatuh sakit. Menemaninya di kamar tidur dan memenuhi apa sahaja kemahuannya merupakan satu terapi terbaik untuk si dia yang tidak sihat. Jangan sesekali beranggapan permintaannya itu sebagai mengada-ngada atau sekadar mahu menarik perhatian. Ini kerana pasangan yang kurang sihat lebih sensitif dan emosi mereka juga kurang stabil. Jadi, jalankanlah peranan anda sebagai seorang isteri dan jururawat kepada pasangan sebaik mungkin.

3. Aktiviti memasak juga dipercayai mampu mengeratkan lagi perhubungan suami isteri. Apa kata anda pilih satu resepi kegemaran keluarga dan masak bersama-sama. Jangan lupa sediakan minuman kesukaan si dia dan putarkan muzik perlahan agar suasana menjadi lebih hangat dan romantik.

4. Setiap orang menyukai kejutan. Salah satu caranya adalah dengan mengirimkan emel atau SMS cinta untuk pasangan. Misalnya, SMS yang berbunyi "I love you" pada saat-saat yang tidak dijangkanya.

5. Anda seharusnya tahu akan kesukaan, minat atau hobi pasangan masing-masing. Untuk meningkatkan tahap romantik anda dan pasangan, apa kata anda cuba meminati hobinya. Tidak perlu memaksa diri, cukup sekadar memberikan sokongan serta prihatin apabila dia bercerita tentang hobinya kepada anda. Perhatian anda pastinya akan membuatkan hati si dia senang dan bertambah sayang kepada anda.

6. Sesekali tuliskan ayat-ayat cinta yang romantik di atas sekeping kad kecil dan lekatkannya di tempat yang mudah dilihat oleh pasangan, contohnya di pintu peti sejuk. Kejutan sebegini pastinya akan membuatkan pasangan anda tersenyum dan tidak sabar untuk mendakap anda sebagai tanda terima kasih.

7. Lakukan aktiviti harian yang biasanya dilakukan oleh pasangan anda seperti menyapu sampah dan mengemas rumah. Si dia pastinya pelik dengan apa yang anda lakukan dan apabila si dia bertanya kepada anda mengapa, jawablah dengan penuh perasaan...“Because I love you..”

8. Jika selalunya anda yang menentukan tempat bercuti atau tempat untuk menjamu selera, apa kata sesekali anda beri peluang kepada pasangan untuk membuat pilihan. Sikap toleransi dan keterbukaan anda ini pastinya akan membuatkan si dia bertambah cinta kepada anda.

DINDING DIPERBUAT DARIPADA TENGKORAK MANUSIA

The Catacombs Paris atau Catacombes de Paris adalah kubur bawah tanah yang terkenal di Paris, Perancis. Ia berada berdekatan dengan Stesen Denfert-Rochereau, Paris Metro. Dibuka dan telah di diubah suai sebagai terowong bawah tanah pada akhir abad ke 18. Ia kemudiannya menjadi daya tarikkan pelancong daripada awal abad ke-19 dan telah dibuka secara rasminya pada tahun 1867 . Nama rasmi untuk Catacombs ini adalah l'Ossuaire Municipal.

Sejarah Catacombs bermula ketika akhir abad ke 17 dimana terdapat ramai warga Paris meninggal dunia kerana penyakit yang berpunca daripada pembakaran yang tidak sempurna oleh kilang² fabrik di Perancis (ketika revolusi industri Perancis). Oleh kerana jumlah kematian yang begitu tinggi tetapi berlaku pula masalah kawasan perkuburan yang tidak mencukupi maka idea penggunaan tulang manusia yang telah mati untuk dijadikan sebagai dinding terowong mula diilhamkankan oleh Leftenan Genderal Polis Alexandre Lenoir. Maka Catacombs pun didirikan pada tahun 1786 dan kemudiannya diteruskan oleh M. Thiroux de Crosne, Charles Axel Guillaumot, Inspekter Jenderal Quarries, dan Louis-Etienne Héricart de Thury.

Lihat gambar-gambarnya di bawah:










BENTUK AWAN LENTICULAR YANG UNIK



Lenticular Clouds adalah sejenis awan yang unik yang biasanya terbentuk di sekitar bukit-bukit dan gunung-ganang akibat daripada hasil pergerakkan udara di kawasan pergunungan itu. Awan ini terlihat cukup berbeza, seperti sebuah piring terbang raksasa atau sesuatu yang seperti tumpukan miring pancake. Banyak gunung terkenal di seluruh dunia sering kali difotokan dengan keindahan awan lenticular di langitnya, termasuk Gunung Shasta dan Gunung Fuji. 

Anda juga mungkin pernah mendengar awan ini disebut sebagai lenticularis altocumular. Awan ini terbentuk ketika arus udara lembab dipaksa naik ke atas ketika ia dihantar melalui pergerakkan angin ke sesebuah gunung, menyebabkan air memeluwap dan membentuk awan. Kadang-kadang hawa udara dipaksa menjadi pola gelombang, menghasilkan apa yang dikenali sebagai awan gelombang. Awan gelombang dapat dilihat seperti cakera yang menyebar keluar daripada sisi bawah angin gunung. Awan ini juga dapat membentuk gelombang miniatur yang kadang-kadang tampak persis seperti laut berombak.

Satu perkara yang menarik tentang awan lenticular ini adalah bahawa ia kelihatan seperti tidak berpecah dan kelihatan seperti membeku. Namun hakikatnya adalah tidak sedemikian. Awan ini kelihatan statik kerana aliran udara lembap terus menerus memberikan wap udara yang termeluap dari sisi atas angin bahkan sebagai air yang mengeluap dan akan lenyap dari sisi bawah angin. Awan Lenticular dapat dilihat seperti sedang melayang-layang selama berjam-jam atau hari, sehingga perubahan angin atau cuaca dan awan menyebar lalu berpecah.




Mengamati dan mengenal pasti awan lenticular umumnya cukup mudah, kerana bentuk awannya sangat jelas. Jika anda pernah melihat awan yang kelihatan seperti piring terbang, kanta, atau baret raksasa, bermakna ketika itu anda sedang melihat awan lenticular. Jika anda melihat disekeliling persekitaran awan, anda mungkin dapat melihat ciri-ciri geografi yang berbukit bukau yang mampu mencipta keadaan yang mengarahkan pada pembentukan awan lenticular. Jika anda tidak melihat gunung atau bukit, ada kemungkinan arus hawa udara bergerak pada arah yang berlawanan untuk mencipta awan gelombang. 

Ramai orang yang telah menikmati dan memotretkan awan lenticular kerana awan itu tidak dilihat di tempat kediaman mereka dan ia merupakan suatu pengalaman sangat menakjubkan. Jika anda kebetulan tinggal berdekatan gunung yang sering dibungkus dengan awan lenticular, anda mungkin dapat memotretkan awan tersebut setiap hari, melihat cara pergerakkan awan dan perubahan awan yang terjadi atas faktor cuaca. Setelah beberapa tahun, anda mungkin mendapati diri anda mampu membuat ramalan cuaca berdasarkan kedudukan, kewujudan, dan bentuk awan. Malah awan lenticular bukan lagi sesuatu yang unik bagi diri anda sendiri selepas itu.

Saksikanlah koleksi gambar bentuk² awan lenticular yang menarik ini di bawah. Semoga kita bersyukur!