Sunday, July 03, 2011

BENTUK AWAN LENTICULAR YANG UNIK



Lenticular Clouds adalah sejenis awan yang unik yang biasanya terbentuk di sekitar bukit-bukit dan gunung-ganang akibat daripada hasil pergerakkan udara di kawasan pergunungan itu. Awan ini terlihat cukup berbeza, seperti sebuah piring terbang raksasa atau sesuatu yang seperti tumpukan miring pancake. Banyak gunung terkenal di seluruh dunia sering kali difotokan dengan keindahan awan lenticular di langitnya, termasuk Gunung Shasta dan Gunung Fuji. 

Anda juga mungkin pernah mendengar awan ini disebut sebagai lenticularis altocumular. Awan ini terbentuk ketika arus udara lembab dipaksa naik ke atas ketika ia dihantar melalui pergerakkan angin ke sesebuah gunung, menyebabkan air memeluwap dan membentuk awan. Kadang-kadang hawa udara dipaksa menjadi pola gelombang, menghasilkan apa yang dikenali sebagai awan gelombang. Awan gelombang dapat dilihat seperti cakera yang menyebar keluar daripada sisi bawah angin gunung. Awan ini juga dapat membentuk gelombang miniatur yang kadang-kadang tampak persis seperti laut berombak.

Satu perkara yang menarik tentang awan lenticular ini adalah bahawa ia kelihatan seperti tidak berpecah dan kelihatan seperti membeku. Namun hakikatnya adalah tidak sedemikian. Awan ini kelihatan statik kerana aliran udara lembap terus menerus memberikan wap udara yang termeluap dari sisi atas angin bahkan sebagai air yang mengeluap dan akan lenyap dari sisi bawah angin. Awan Lenticular dapat dilihat seperti sedang melayang-layang selama berjam-jam atau hari, sehingga perubahan angin atau cuaca dan awan menyebar lalu berpecah.




Mengamati dan mengenal pasti awan lenticular umumnya cukup mudah, kerana bentuk awannya sangat jelas. Jika anda pernah melihat awan yang kelihatan seperti piring terbang, kanta, atau baret raksasa, bermakna ketika itu anda sedang melihat awan lenticular. Jika anda melihat disekeliling persekitaran awan, anda mungkin dapat melihat ciri-ciri geografi yang berbukit bukau yang mampu mencipta keadaan yang mengarahkan pada pembentukan awan lenticular. Jika anda tidak melihat gunung atau bukit, ada kemungkinan arus hawa udara bergerak pada arah yang berlawanan untuk mencipta awan gelombang. 

Ramai orang yang telah menikmati dan memotretkan awan lenticular kerana awan itu tidak dilihat di tempat kediaman mereka dan ia merupakan suatu pengalaman sangat menakjubkan. Jika anda kebetulan tinggal berdekatan gunung yang sering dibungkus dengan awan lenticular, anda mungkin dapat memotretkan awan tersebut setiap hari, melihat cara pergerakkan awan dan perubahan awan yang terjadi atas faktor cuaca. Setelah beberapa tahun, anda mungkin mendapati diri anda mampu membuat ramalan cuaca berdasarkan kedudukan, kewujudan, dan bentuk awan. Malah awan lenticular bukan lagi sesuatu yang unik bagi diri anda sendiri selepas itu.

Saksikanlah koleksi gambar bentuk² awan lenticular yang menarik ini di bawah. Semoga kita bersyukur!

































No comments:

Post a Comment