Di sebuah gunung yang sentiasa diselimuti salji yang terletak di Timur Turki, tersembunyi sebuah misteri berharga yang berusia lebih daripada 5000 tahun. Peninggalan sejarah yang berharga itu bukan sahaja menarik minat para pengkaji sejarah, malah pihak penyelidik US seperti CIA/KGB pun mencuba untuk melakukan penelitian di sana. Sejauh ini CIA telah menggunakan satelite dan pesawat Stealth utk mengambil gambar objek yg terdampar di puncak gunung tersebut. Gambar2 itu telah menjadi rahsia besar dan disimpan rapi dengan kawalan yg ketat bersama dengan rahsia² penting yg lain di Pentagon.
Sudah beratus² orang mencuba untuk mendaki Gunung Aghi-Dahl yang kerap mendapat dijolokkan sebagai Gunung Kesengsaraan atau dengan nama petanya iaitu Gunung Ararat, namun hanya beberapa² orang sahaja yang berhasil menaklukinya. Sebahagian lagi hanyalah menambah senarai nama panjang pendaki-pendaki yang menjadi korban keganasannya. Hingga hari ini, hanya ada beberapa orang pendaki sahaja yang dapat sampai ke puncak Gunung Ararat sekaligus dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri sebuah artifak yg maha berharga yang tersimpan abadi di puncaknya.
Lalu apakah sebenarnya artifak maha berharga yang terkubur selama ribuan tahun di puncak Ararat itu? Yup, menurut para ahli purbakala, mereka menafsirkan bahawa artifak dengan dimensi yang sangat besar tersebut tak lain adalah Bahtera Nabi Nuh! Sepertimana yang kita ketahui bahawa The Great Pyramid of Giza, Mesir telah terkubur didalam tanah selama kurang lebih 2000 tahun lamanya sebelum ditemui dan dilakukan penggalian terhadapnya. Begitu pula halnya dengan Bahtera Nabi Nuh ,sebelum terjadinya sebuah gempa bumi hebat yang melanda daerah itu pada 2 Mei 1988 silam, artifak tersebut tertimbus di bawah salji hampir selama 5000 tahun lamanya tanpa ada yang mengetahui bahawa sebenarnya di situ ada tersimpan sebuah rahsia besar di dalamnya.
Sebenarnya, zaman Nabi Nuh AS dahulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Pada hakikatnya pengetahuan Sains dan Teknologi mereka sudah maju pada masa itu. Buktinya daripada beberapa hasil penemuan di kaki Gunung Ararat, Para Pengkaji dan Saintis Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak batu bateri elektrik purba yg digunakan untuk meleburkan logam. Tentunya penemuan tersebut mampu membuktikan bahawa masyarakat zaman Nabi Nuh telah mengenali dan mampu untuk mengendalikan tenaga elektrik.
Mengikut perkiraan para ahli, Nabi Nuh AS memulakan pembinaan bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan lebat yang turun menenggelamkan bumi selama bertahun-tahun sehingga mengakibatkan munculnya air banjir maha dahsyat yang rata-rata dapat mengakhiri sebahagian populasi manusia di muka bumi ini telah diperkirakan terjadi pada 2345 B.C. Rupa bentuk daripada Bahtera Nabi Nuh itu sendiri sebenarnya tidaklah sama dengan bentuk kapal laut masa kini pada umumnya.
Menurut para peneliti dan pendaki yang pernah melihat secara langsung Bahtera Nuh di puncak Gunung Ararat serta beberapa imej yang diambil daripada pemotretan udara, Bahtera Nabi Nuh memang merupakan sebuah bahtera yang berdimensi sangat besar dan kukuh. Bahan pembuatan utamanya tersusun oleh susunan kayu daripada spesis pohon purba yang memang sudah tidak boleh ditemui lagi didunia ini. Pengukuran objek yang ditandai itu mempunyai altitute 7.546 kaki dengan panjang daripada bahtera lebih kurang 500 kaki, 83 kaki lebar, dan 50 kaki tinggi.
Ada juga Para Pengkaji berpendapat, Bahtera Nuh berukuran lebih luas daripada sebuah padang bolasepak. Keluasan pada bahagian dalamnnya cukup untuk menampung ratusan ribu manusia. Jarak dari satu tingkat ke satu tingkat lainnya ialah 12 hingga ke 13 kaki. Dianggarkan sebanyak lebih kurang ribuan hingga puluhan ribu kayu balak digunakan untuk membinanya.
Keseluruhannya, terdapat lebih kurang ratusan ribu manusia dan haiwan daripada pelbagai species yang ikut serta menaiki bahtera ini, Mengikut kajian daripada Dr.Whitcomb, kira² terdapat 3.700 binatang mamalia, 8.600 jenis itik/burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yang menaiki Bahtera Nabi Nuh tersebut, selebihnya adalah para kaum Nabi Nuh yang percaya akan ajaran yang dibawanya. Total berat muatan bahtera itu keseluruhan mungkin mencapai sehingga 24,300 tan atau lebih.
Di sekitar objek tersebut, juga ditemui sebuah batu besar dengan lubang pahatan. Para peneliti percaya bahawa batu tersebut adalah drogue-stones, di mana pada zaman dahulu biasanya digunakan pada bahagian belakang perahu besar untuk menstabilkan perahu. Radar dan peralatan yang gunakan oleh para pengkaji menemui sesuatu yang tidak lazim pada level iron oxide atau seperti molekul baja. Struktur baja tersebut setelah dilakukan penelitian bahawa ia adalah daripada jenis vessel. Ia telah berumur lebih daripada 100.000 tahun, dan terbukti bahawa struktur itu dibuat oleh tangan manusia. Mereka percaya bahawa itu adalah jejak pendaratan Bahtera Nuh.
Beberapa sarjana berpendapat bahawa kemungkinan besar Bahtera Nuh ini dibangunkan disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah kawasan yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibangunkan di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey, kemungkinan besar bahtera tersebut telah dibawa arus air sejauh lebih lebih 520 KM. Gunung Ararat itu sendiri bukanlah sembarangan gunung, ia adalah sebuah gunung yang unik. Di antara salah satu keunikan yang terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.
Gunung Ararat ialah salah sebuah gunung yang mempunyai puncak yang terluas di muka bumi ini. Statusnya juga merupakan puncak tertinggi di Turki iaitu setinggi 16,984 kaki dari permukaan air laut. Sedangkan puncak kecilnya setinggi 12,806 kaki. Jika kita berhasil menakluki puncak besarnya, kita dapat melihat 3 wilayah negara dari atasnya, iaitu Russia, Iran, dan Turkey. Sebuah batu nisan yang didakwa kepunyaan nabi Nuh AS telah dijumpai di Gunung Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang.
Pada tahun 1917, Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah mengirimkan sejumlah 150 orang pakar daripada pelbagai bidang yang terdiri daripada saintis, arkeologi dan tentera untuk melakukan penyelidikan terhadap Bahtera Nabi Nuh tersebut. Setelah sebulan perjalanan barulah pasukan ekspedisi itu sampai ke puncak Ararat. Segala kesukaran telah berjaya mereka harungi, dan akhirnya menemui Bahtera Nuh tersebut. Dalam keadaan kagum, mereka mengambil gambar sebanyak mungkin. Mereka mengukur panjang Bahtera Nuh dan didapati ukuran panjang 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki, sebahagian lainnya masih tenggelam di dalam salji.
Hasil daripada perjalanan itu, segala maklumat dibawa pulang dan mahu diserahkan kepada Tsar, malangnya sebelum sempat melaporkan penemuan penyelidikan itu ke tangan kaisar, Revolusi Bolshevik Komunis (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan Jenderal Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih belum diketahui, apakah laporan itu masih disimpan atau telah dimusnahkan.
Replika Bahtera Nabi Nuh |
Pembuatan Replika Bahtera Nabi Nuh |
Pembuatan Replika Bahtera Nabi Nuh |
Replika Gambaran Bahtera Nabi Nuh |
Replika Bahtera Nabi Nuh |
Replika Bahtera Nabi Nuh |
Replika Bahtera Nabi Nuh |
Replika Bahtera Nabi Nuh |
Replika Bahtera Nabi Nuh |
No comments:
Post a Comment