Thursday, June 30, 2011

BAHTERA NABI NUH A.S DITEMUI? [BAHAGIAN II]

Kisah “Bahtera Nabi Nuh Alaihissalam”, suatu kisah yang sering kita dengar dari mulut ustaz dan ustazah kita semasa di bangku sekolah. Namun kita hanya dapat imaginasikan berdasarkan khayalan kanak-kanak kita pada masa itu.
 
Zaman berlalu, dengan teknologi yang ada, satu demi satu penemuan sejarah ditemui. Sekalipun penemuan tersebut bukan daripada kalangan “kita” (umat Islam), namun kita perlu bersyukur kerana ada hikmah di sebalik penemuan oleh pihak mereka. Siapa tahu akan jadi asbab hidayah buat mereka.
 
Pada tahun 1960, sebuah majalah Life Magazine melaporkan penemuan kesan seperti sebuah kapal laut yang sangat besar di puncak gunung Ararat oleh Pesawat Tentera Nasional Turki. Panjangnya kira-kira 437 kaki. Pada tahun 1977 pula, sebuah ” Team Antropologi” di bawah pimpinan Prof. Ron Wyatt telah menemui bukti kebenaran kisah ini.
Pergunungan Ararat. Lihat ketinggian gunung ini. Di mana lokasi bahtera tersebut?
Gambar dari udara lokasi di kawasan pergunungan.
Bulatan menunjukkan lokasi dipercayai bahtera tersebut.
Kelebaran bahtera tersebut dapat dibayangkan menerusi gambar berikut
Gambar Kerja-Kerja Pengukuran Sedang Dijalankan 
Berikut yang dibawah pula adalah gambaran bentuk bahtera Nabi Nuh AS menurut pandangan para pakar arkeologi tersebut. Terdapat pelbagai versi rekabentuk baik rekabentuk luaran mahupun dalaman. Namun Allah jua yang maha mengetahui bentuk sebenar bahtera ini. Di dalam bahtera inilah sedikit umat Nabi Nuh AS diselamatkan Allah SWT bersama ratusan binatang yang diambil secara berpasangan mengikut jenis. Mereka terselamat dari bencana banjir dahsyat dengan ombak setinggi gunung.

Ilustrasi rekabentuk bahtera menurut pandangan para penyelidik 

Lihat perbandingan ukuran perahu dengan Pesawat Jumbo 747 


Adakah benar ini sememangnya bahtera milik Nabi Nuh as? Hanya Allah sahajalah yang maha mengetahui kebenarannya. Apa yang dipaparkan semoga dapat menambahkan pengetahuan am kita dan menambahkan keimanan kita kepada keagungan dan kebesaran Allah. Sesungguhnya Allah maha berkuasa di atas segala perkara. Sepelik-pelik perkara pada waras akal manusia, tidak pula mustahil disisi Allah. Jika Allah menghendaki sesuatu perkara, ia pasti berlaku dan terjadi. Setiap sesuatu yang diciptakanNya pula pasti ada hikmah yang tersembunyi.

No comments:

Post a Comment