Thursday, June 30, 2011

"PINTU NERAKA" DI UZBEKISTAN TERBUKA SEJAK TAHUN 1975


Terdapat 'Pintu Neraka' di Uzbekistan? Diibaratkan seperti itulah yang terjadi di negara yang terletak di Asia Tengah ini. Ada sebuah lubang api menganga yang disebut sebagai mirip pintu neraka "The Door To The Hell". Lubang api tersebut telah wujud di Uzbekistan sejak tahun 1975 dan ukuran keluasannya mencapai 2 kali lapangan padang bola. Tidak hanya itu, kedalamannya juga mencapai sehingga 30 meter dalam. 

'Pintu Neraka' tersebut terdapat di lokasi jurang besar di bawah bumi. Ahli geologi menemui lubang tersebut ketika melakukan penggalian menggunakan jentera berat untuk pengeboran gas semulajadi. Ketika itu, kesemua peralatan penggalian telah masuk terperosok ke dalam lubang tersebut. 

Jurang itu dipenuhi dengan gas bumi yang beracun. Untuk mengelakkan gas beracun tersebut terlepas keluar ke langit, para ahli memutuskan untuk membakarnya agar ia tidak mencemarkan atmosfera dan membuatkan makhluk yang menggunakan oksigen mendapat penyakit² yang serius akibat terhidu gas beracun berkenaan. Lokai lubang itu berada dekat dengan kota kecil bernama Davaz.


Peristiwa itu terjadi semenjak tahun 1975 lagi dan lubang raksasa itu telah menyemburkan api seperti gunung berapi dan masih lagi terus menyala sehingga kini walaupun sudah 35 tahun berlalu. Masyarakat sekitar tiada yang berani mendekati kawasan 'Pintu Neraka' tersebut kerana akan merasai bahang kepanasan sehingga beberapa ratus meter jauhnya hinggakan lubang kebakaran itu digelar sebagai 'pintu neraka'. 

Sampai sekarang masih belum ada lagi penjelasan apakah 'pintu neraka' itu ukurannya semakin melebar atau stabil kerana gas yang keluar dari perut bumi itu sentiasa terbakar. Walaupun terkena hujan sekalipun, apinya tidak pernah terpadam. Malah ada beberapa pandangan mengatakan bahawa lubang api itu sebenarnya semakin membesar tahun demi tahun. Wallahualam.

Lubang api raksasa itu juga mampu kelihatan dari kejauhan kerana berada di daratan tandus yang luas. Apabila malam menjelma, tampak lubang api tersebut semakin jelas dengan sorotan cahaya kekuningan yang bersumber dari 'pintu neraka' tersebut.


Peristiwa yang seakan mirip dengan bencana lumpur Lapindo, yang terus mengeluarkan lumpur panas gara-gara penggerudian yang dinilaikan sebagai gagal dan kesilapan kerana penggerudian itu telah mengakibatkan semburan lumpur panas hingga ke permukaan bumi. 

Sehingga kini juga, bencana itu masih belum dapat lagi ahli geologi yang mampu menghentikan semburan lumpur panas Lapindo berkenaan. Yang boleh dilakukan hanyalah dengan menyekat salirannya agar tetap berlegar di dalam kawasan kesan lumpur panas itu supaya ia tidak terus melebar pula ke kawasan lain.

Mungkin ini adalah antara kejadian² yang terjadi akibat kecuaian manusia atau kesilapan para ahli geologi atau lebih tepat lagi adalah hasil kerosakan yang diperbuat oleh tangan manusia sendiri yang tiada jalan penyelesaiannya. Hakikatnya manusia tak akan mampu melawan kekuatan alam yang hebat ini.



 

No comments:

Post a Comment