Sunday, June 19, 2011

Sejarah Solat 5 Waktu

Subuh
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya adalah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat Pertama : Tanda syukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah swt telah memerintahkannya agar menyembelih Nabi Ismail a.s. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat. 
Rakaat Pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya
Rakaat Ketiga : Tanda bersyukur dan memohon keredhaan Allah swt
Rakaat Keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas

Asar
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah swt dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus ditepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s. lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah swt daripada empat kegelapan iaitu:
Rakaat Pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat Kedua : Kelam dengan air laut
Rakaat Ketiga : Kelam dengan malam
Rakaat Keempat : Kelam dengan perut ikan Nun

Maghrib
Manusia  pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialan Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah swt dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat Pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa
Rakaat Kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya
Rakaat Ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah swt semata-mata, tiada dua atau  tiga.

Isyak
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah swt menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu bersembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda syukur
Rakaat Pertama : Tanda dukacitanya terhadap isterinya
Rakaat Kedua : Tanda dukacitanya terhadap saudaranya Nabi Harun
Rakaat Ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun
Rakaat Keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun

No comments:

Post a Comment